“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, April 28, 2008

'Mati pucuk' (disfungsi seksual) versi wanita



Wanita mati pucuk? ADAKAH?

Memang ada, dan ia lebih dikenali sebagai disfungsi seksual wanita (FSD). Bukan itu sahaja. FSD tidak hanya mewakili satu masalah tunggal tetapi turut meliputi pelbagai masalah seksual kaum hawa. Dari gangguan keinginan seksual hipoaktif (HSDD atau dorongan seks rendah atau libido) hinggalah kepada kesakitan semasa melakukan hubungan kelamin, disfungsi seksual lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.

Penyebaran disfungsi seksual di kalangan lelaki dianggarkan pada tahap 31% sementara di kalangan wanita adalah 43%. Ini bermakna setiap dua daripada lima orang wanita mengalami FSD.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh syarikat farmaseutikal, Pfizer Global Better Sex Survey 2006 (GBSS) yang telah meninjau pendapat lelaki dan wanita di seluruh dunia tentang kepuasan dan aspirasi seksual mendapati, 83% wanita Malaysia berpendapat bahawa seks merupakan satu aspek kehidupan penting untuk mencapai hubungan yang memuaskan. Namun begitu, lebih daripada 69.6% wanita Malaysia mengalami satu daripada masalah FSD. Gabungan dua fakta ini menyebabkan tanggungjawab memahami FSD oleh kedua-dua pihak menjadi lebih penting lagi.

Kajian itu juga mendapati bahawa secara global lebih 50% peratus wanita tidak mencapai kepuasan seksual sepenuhnya, begitu juga di kalangan wanita negara ini. Terdapat banyak faktor yang menyumbang ke arah ketidakpuasan tersebut termasuk disfungsi seksual yang dialami oleh wanita dan juga pasangan.

Apakah FSD itu sebenarnya? Apakah yang menjadi puncanya? Bagaimana pula dengan gejalanya? Apakah yang boleh dilakukan oleh lelaki untuk membantu pasangan mereka? Senarionya di Malaysia?

Apabila wanita mula meningkat usia, kewujudan FSD juga turut meningkat. Sebahagian daripada apa yang menjadikan FSD ini sesuatu yang misteri adalah kerana ia merujuk kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita. FSD yang paling biasa adalah ketiadaan libido. Ciri-cirinya termasuklah dorongan dan minat dalam aktiviti seksual yang begitu rendah, menurut Kaunselor Perhubungan dan Pakar Terapi Seks terkemuka dari Sydney, Australia, Dr. Rosie King.

Di kalangan wanita, ia disebabkan oleh banyak faktor termasuk tekanan perasaan, terlalu letih, kemurungan, putus haid, berkeluarga dengan anak kecil atau berada dalam hubungan yang tidak bahagia. Satu lagi FSD yang biasa adalah gangguan nafsu berahi di mana wanita menggambarkan sama ada mereka sukar untuk berasa ghairah atau melakukan hubungan seks dalam keadaan kering dan tidak selesa. Gangguan kesakitan seksual atau dispareunia dan vaginismus, di mana otot lantai pelvis menjadi kejang sehingga menjadikan hubungan seks tidak dapat dilakukan, juga kerap dilaporkan oleh wanita.

Namun begitu, harapan masih ada. FSD bukanlah sekadar satu fenomena fizikal tetapi gabungan faktor-faktor biologi, psikologi, jalinan hubungan, seksual dan keadaan semasa yang kompleks.

Kunci untuk mengatasi FSD adalah dengan memahami tubuh wanita dan amat penting sekali bagi pasangannya untuk turut terlibat dalam membantu wanita berasa selesa dengan reaksi tubuhnya semasa melakukan hubungan yang intim ini. Memahami bagaimana nafsu seksual berfungsi akan membantu kedua-dua pihak berasa lebih relaks dan dapat menikmati hubungan seks sepenuhnya.

Dr. King turut mendedahkan bahawa seorang wanita bertindak balas lebih perlahan terhadap rangsangan seksual dan secara tipikalnya wanita memerlukan 15 sehingga 20 minit masa bercumbu sebelum dia bersedia untuk melakukan hubungan seks. Banyak perubahan berlaku di bahagian pelvis wanita bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks dengan selesa dan pasangannya perlu mengambil kira hal ini semasa bercumbu. Tanpa pertimbangan ini, wanita mungkin akan mengalami kesakitan yang mempunyai gejala gangguan kesakitan seksual.

Jenis-jenis FSD lazim

1. Ketiadaan libido

Disfungsi seksual paling biasa, yang menjejaskan lebih daripada 30 peratus wanita adalah ketiadaan libido. Punca biasanya termasuklah tekanan perasaan, terlalu letih, kemurungan, putus haid, berkeluarga dengan anak kecil atau berada dalam hubungan yang tidak bahagia.

Di peringkat awal dalam sesuatu hubungan iaitu semasa bercinta, nafsu seksual wanita cenderung lebih tinggi kerana peningkatan dalam hormon testosteron. Selepas 18 bulan sehingga tiga tahun, tahap nafsu ini akan menurun dan selepas itu ramai wanita tidak pernah lagi atau jarang sekali mengalami nafsu yang spontan terhadap seks walaupun mereka mungkin masih akan terbuka terhadap perlakuan seks sekiranya pasangan mereka memulakannya.

Umumnya nafsu seksual lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. Perbezaan ini dikenali sebagai percanggahan nafsu. Kebanyakan wanita yang rendah libido juga akan mengalami masalah menangani percanggahan nafsu ini. Wanita lebih kerap berasa tidak puas hati dengan tahap libido mereka kerana mereka membandingkan nafsu semasa mereka dengan nafsu ketika bercinta, dengan nafsu pasangan lelaki mereka yang kuat atau dengan pandangan yang tidak realistik yang mereka dapati daripada media tentang nafsu seksual wanita.

Kebanyakan wanita mengharapkan mereka akan hanyut dalam arus keghairahan nafsu dan mereka akan begitu kecewa apabila mendapati nafsu seksual mereka adalah neutral dan terpaksa bergantung kepada sebab-sebab lain yang tidak seksual sebagai motivasi untuk melakukan hubungan seks. Bagi mengatasi masalah nafsu ini, wanita perlu memahami bagaimana nafsu seksual berfungsi dan menjadi peka terhadap pengalaman seksual bagi seseorang wanita yang tipikal. Ini akan membantu wanita berasa lebih normal berhubung dengan tahap nafsu mereka.

2. Gangguan Nafsu Berahi

Wanita yang mengalami gangguan nafsu berahi menyatakan masalah untuk membangkitkan rasa ghairah dan menikmati hubungan seks, atau hubungan seks ini berlaku dalam keadaan kering dan tidak selesa. Mereka juga mengadu tidak dapat mencapai nikmat dan keseronokan semasa melakukan hubungan seks. Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka memerlukan di antara 15 hingga 20 minit masa untuk bercumbu sebelum mereka bersedia untuk melakukan hubungan seks.

Banyak perubahan berlaku di bahagian pelvis wanita yang akan membolehkan hubungan seks berlaku dalam keadaan yang selesa. Sekiranya tiada masa diberikan untuk perubahan ini berlaku, wanita mungkin akan berasa sakit semasa melakukan hubungan seks.

Wanita mendapati adalah lebih sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pengalaman yang erotik berbanding lelaki dan justeru itu nafsu seksual mereka bangkit dengan lebih perlahan. Sekiranya seseorang wanita mempunyai masalah untuk membangkitkan nafsu seksual mereka, kemungkinan besar dia akan mengalami masalah mencapai orgasma dan menderita pula gangguan orgasma.

3. Gangguan kesakitan seksual

Gangguan kesakitan seksual atau dispareunia adalah satu lagi masalah seksual bagi wanita. Hubungan seks yang menyakitkan mungkin disebabkan ketiadaan rasa ghairah seperti yang telah dijelaskan di atas atau ia mungkin disebabkan masalah fizikal yang mendasari seperti jangkitan atau keradangan. Satu bentuk hubungan seks yang menyakitkan dikenali sebagai vaginismus di mana hubungan seks tidak dapat dilakukan kerana kekejangan otot lantai pelvis.

Sebab-sebab FSD

Masalah seksual wanita dan ketidakpuasan seksual boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari segi biologi, psikologi, jalinan hubungan, seksual dan keadaan semasa. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa disfungsi seksual lelaki seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal boleh melemahkan fungsi seksual wanita lalu mengehadkan nikmat dan kepuasan seksual wanita.

Adalah didapati bahawa, bagi wanita yang pasangan mereka menderita ED, mereka akan mengalami masalah rendah libido, kurang nafsu berahi, kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan. Namun, apa yang menariknya, apabila masalah ED lelaki telah dirawat, tindak balas seksual di kalangan pasangan wanita akan bertambah baik. Ramai lelaki berasa malu untuk mendapatkan bantuan bagi masalah ereksi mereka.

Mereka mungkin tidak menyedari bahawa masalah ereksi boleh memberi kesan bukan sahaja dalam hubungan mereka dan keadaan emosi pasangan tetapi juga terhadap keseronokan, fungsi dan kepuasan seksual pasangan mereka. Apabila seorang lelaki mengalami ED, dia secara tipikalnya akan kehilangan harga diri dan keyakinan lalu menjadi murung dan mula menyisihkan diri daripada pasangannya. Wanita sering kali menyalahkan diri mereka apabila pasangan lelakinya mengalami masalah seksual. Adakah saya terlalu gemuk atau terlalu tua? Apakah dia tidak lagi menyintai saya? Kedua-dua pihak mengasingkan diri dan hubungan intim di antara kedua mereka mula retak.

Namun begitu, seperkara yang baik adalah, jika lelaki mendapatkan rawatan untuk ED dan rawatan tersebut mengembalikan ereksi yang tegang pada peringkat maksimum - ereksi Gred 4 pada Skala Ketegangan Ereksi, tindak balas seksual pasangan wanitanya akan bertambah baik. Disfungsi seksual akan berakhir dan keseronokan dan kepuasan seksual wanita akan kembali pulih.

Apa yang boleh dilakukan kaum Adam untuk membantu?

Seks adalah satu perkongsian di mana disfungsi di kalangan mana-mana pihak akan mewujudkan tekanan yang besar ke atas hubungan pasangan tersebut. Malah, kajian mendapati bahawa disfungsi seksual lelaki seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal turut boleh menyumbang kepada FSD. Wanita yang pasangannya menderita masalah ED didapati mempunyai tahap libido yang rendah, kurang bernafsu, menghadapi kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh Current Sexual Health Reports, kemungkinan wanita dengan FSD melaporkan kehidupan yang tidak bahagia adalah 2.5 hingga lima kali lebih tinggi dan 41% daripada mereka juga berasa bahawa mereka patut dipersalahkan apabila pasangan mereka mengalami ED. Apa yang menarik, kata Dr. King, apabila lelaki mendapatkan rawatan untuk ED dan pulih sehingga mencapai ketegangan maksimum, tindak balas seksual daripada pasangan wanita juga akan bertambah baik.

Kesimpulannya, seks adalah perekat dan pelincir dalam sesuatu hubungan. Perekat kerana ia dapat membantu merapatkan hubungan pasangan, dan pelincir kerana hubungan seks yang baik dapat membantu pasangan mengatasi masalah lain dalam kehidupan mereka.

Adalah penting bagi pasangan untuk memupuk kemesraan dalam hubungan mereka dengan menjalin ikatan emosi yang intim (berkongsi tanggapan dan perasaan peribadi), menikmati masa yang dihabiskan bersama-masa dan melakukan hubungan seks secara aktif dan teratur. Jadi, jika wujudnya sebarang masalah seksual, ia patut ditangani dengan segera dan pasangan itu wajar mendapatkan khidmat nasihat profesional.

INFO :

Apabila wanita mula meningkat usia, kewujudan FSD juga turut meningkat. Data khusus tentang responden lelaki dan wanita Malaysia yang berusia antara 45 hingga 64 tahun dikutip dalam kajian GBSS. Berikut ialah beberapa penemuan menarik hasil kajian tersebut:

1. 33% daripada wanita yang berusia antara 55 hingga 64 tahun tidak mencapai kepuasan yang sama dengan pasangannya, berbanding hanya 5% daripada wanita yang berusia antara 45 hingga 54 tahun.

2. 10% wanita yang berusia antara 45 hingga 54 tahun tidak berpuas hati dengan tahap cumbuan mereka, namun angka ini berlipat ganda di kalangan wanita yang berusia antara 55 hingga 64 tahun (22%).

3. 33% daripada wanita yang berusia antara 55 hingga 64 tidak berpuas hati dengan keupayaan mereka untuk mencapai klimaks atau orgasma, berbanding 5% daripada wanita yang berusia 45 hingga 54 tahun.

4. 33% daripada wanita yang berusia 55 hingga 64 tahun melaporkan bahawa pasangan mereka tidak dapat menembus masuk ketika melakukan hubungan seks, yang mana ini selanjutnya akan menghubungkaitkan ketidakpuasan dalam pengalaman hubungan seks mereka (33%).

5. 90% daripada wanita yang berusia antara 45 hingga 54 tahun dan 67% daripada wanita yang berusia antara 55 hingga 64 tahun percaya kekerasan ereksi pasangan mereka adalah penting untuk mencapai pengalaman seksual yang baik.

6. 24% daripada wanita yang berusia antara 45 hingga 54 tahun dan 22% daripada wanita yang berusia antara 55 hingga 64 akan meminta pasangan mereka mendapatkan bantuan ubat sekiranya mereka percaya ini akan menjadikan hubungan seks lebih baik.

Glosari

*Libido -Nafsu berahi yang bersifat naluri.
*Ereksi -Keadaan zakar yang membesar dan mengeras apabila bangkitnya nafsu syahwat.


Kepada para isteri yang ingin meningkatkan keyakinan diri dan para suami yang sayangkan isteri, sila klik pd link yg disertakan Buckle up! UpGrade yourself at SERiPERSONA.




Sumber: Utusan 28/10/2007

Butiran selanjutnya ...

Cerpen: Keagungan Cinta

Oleh Sabda S

SETELAH sekian lama membina cinta dengan kesegalaannya, melewati kasih sayang terhadap dirinya sendiri, akhirnya kecintaan itu telah membakar diri; lalu longlailah semangatnya dihimpit kedukaan demi kedukaan yang tak terubat oleh waktu dan pertimbangan fikiran. Sesuatunya yang luhur tersimpul dalam lubuk jiwanya, telah terelai dari bohol ikatannya - kecundang oleh pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan setelah keseksaan demi keseksaan dirasakan, dia cuba untuk melupakan segala kenangan; namun semakin cuba dilupakan semakin tak dapat dilupakan.

Raut muka - matanya, keningnya dan kelopak matanya, adalah gambaran daripada rintihan kedukaan yang sekian lama ditahan. Batinnya terhimpit oleh sumpahan janji yang tak ditepati. Nada dan kata-katanya sering kali merintih tiada hentinya; hingga derita batinnya terserlah melalui raut wajahnya yang gundah. Dahinya, pipinya seperti berbicara sendiri - betapa seksanya orang yang mungkir janji.

Biarlah penampilannya, wajahnya kini menjadi contoh dan teladan kepada sahabat handai dan taulan yang baru mengharungi lautan cinta yang penuh dengan pancaroba. Cinta tidak pernah mempedulikan logik fikiran. Ia hanyalah mainan emosi yang dikongkong oleh nafsu dan perasaan. Ia tak ubah seperti rantai yang berangkai-rangkai, yang jika salah satu daripadanya terputus akan terpisah semuanya. Benarlah kata pujangga - cinta adalah permainan orang-orang bodoh yang kebanyakannya hanya berpura-pura. Seorang yang terikat dengan cinta akan berasa umurnya semakin pendek. Justeru semakin dalam kecintaan terhadap seseorang akan semakin cepat lunturnya rasa cinta kerana mereka amat sensitif dengan kata-kata.

“Kita lupakan saja tentang perkahwinan.” Demikianlah kata-kata yang sering diucapkan oleh orang-orang yang terguris dalam bercinta. Tetapi bagi pasangan yang masih ingin menjaga martabat sebagai umat, akan membalasnya dengan kata-kata yang lebih kesat: “Apa kau mau kita jadi bangsat sepanjang hayat?”

“Bertenang,” bujuk para syaitan yang sedang bergendang, bertepuk tangan menunggu adegan-adegan yang menjahanamkan zuriat manusia.

“Apa, kau fikir aku bodoh!?” Bentak si gadis yang masih punya maruah diri. “Mengapa tidak kau potong saja kelakianmu supaya tidak ada lagi wanita yang menjadi mangsa!”

Perkataan itu - walau amat bertentangan dengan naluri semula jadi, namun ia amat ditakuti oleh para syaitan yang direjam. Hanya wanita yang berjiwa besar yang mampu melontarkan kata-kata kasar sebagai pagar yang ampuh buat menghalang kemaraan raja syaitan yang nanar.

Tembok peradaban

“Aku ingin memperisterikanmu...” Lembut dan sayu. Namun kadang-kadang ia hanyalah senjata rahsia yang digunakan untuk merobohkan tembok peradaban yang selama ini dipertahankan. Justeru jika ada lelaki yang menyintai wanita yang disukai, mereka tidak akan bermain dengan rayuan; kerana kata-kata yang dilahirkan ketika berduaan adalah perasaan yang diadun dengan nafsu - bukan dengan rasional fikiran.

“Aku cinta padamu...”

“Huh! Gombal!”

“Apa gombal?”

“Kain buruk yang terbuang. Yang hanya layak untuk menyapu kaki.”

Demikian wanita yang berjiwa besar ketika menghadapi kehantuan lelaki yang hanya untuk tidur dan berpeleseran.

“Kau umpamakan aku seperti hantu...?”

“Yah, kerana aku takut dengan kerakusanmu.”

“Aku ini... rakus?”

“Yah. Kalau bukan rakus, bukan di hotel tempatnya.”

Demikianlah bahawa cinta kadang-kadang hanya menjadi sebahagian daripada hidup lelaki, tetapi bagi kebanyakan wanita, cinta menjadi keseluruhan daripada hidupnya. Sebab itulah ramai wanita tewas kerana mereka lebih dahulu memberikan seluruh hidupnya kepada lelaki. Pada dasarnya wanita amat menghargai cinta. Seluruh jiwa raganya ditumpukan kepada soal-soal cinta. Sebab itu kehilangan cinta bagi sesetengah wanita, seribu kali lebih baik daripada mati.

Seribu kematian...? Mana mungkin! Satu kali pun sudah amat menakutkan...”

“Lelaki pun takut mati?”

“Apa kau fikir, lelaki boleh menongkat langit?”

“Oh, masih ada kesedaran rupanya.”

“Kesedaran apa?”

“Kesedaran untuk mati.”

Mati adalah peristiwa besar dalam hidup manusia. Mati suatu peristiwa ngeri dalam sejarah manusia, kerana di sana akan bermula kehidupan yang kekal dan abadi. Sebab itulah mereka yang tidak percaya adanya kehidupan sesudah mati - mati itu sendiri akan menghambat kehidupan duniawinya hingga kematian semakin hampir kepadanya. Sebab itulah dalam kehidupan duniawi pun ada yang merasakan hidupnya sudah tidak bererti lagi, melainkan mati saja yang belum dialami. Namun mati sebenarnya - bukan sekadar perjalanan roh yang terkeluar dari jasad. Ia adalah kepulangan dari pengembaraan yang sebentar. Di sana bakal ditanya, berapa lama telah berjalan dan banyak kerosakan yang telah dilakukan.

“Aku tak halal dunia akhirat...”

“Apanya yang kau tak halalkan.”

“Kecuranganmu terhadapku.”

“Tapi itu kan tanda cintaku kepadamu.”

“Cinta tahi kucing!”

“Sumpah! Aku cinta padamu.”

“Dengan manusia kau bolehlah bersumpah. Dengan Allah nanti, kau pertahankanlah sendiri.”

Benarlah bahawa kehidupan ini tidak lepas daripada dicintai dan mencintai, hingga terkadang-kadang rasa cinta itu bagaikan nyawa. Sebab itulah ada manusia yang setengah gila semata-mata kerana gagal dalam bercinta.

“Gila kerana gagal bercinta? Alangkah bodohnya.”

“Kau yang tak merasai bolehlah memperbodohkan aku.”

Gagal dalam bercinta adalah pengalaman yang paling hina. Justeru jika ada manusia yang sengaja memperlihatkan kesugulannya dalam bercinta, samalah seperti memperlihatkan kehinaannya kepada manusia. Sebab itulah jika ada yang tidak dapat dipulihkan dengan kaunseling dan metamotivasi cinta, biarkan mati dengan cinta monyetnya.

Gagal dalam bercinta adalah setitik kesengsaraan daripada tujuh lautan sengsara. Begitu juga kebahagiaan yang dibina melalui istana cinta hanyalah setitik kebahagiaan daripada tujuh samudera kebahagiaan yang tersedia di dalam kehidupan kedua. Ah, persetanlah dengan cinta. Kerana ada cinta yang lebih kekal dan abadi.

“Cinta yang abadi? Apakah itu?”

“Cinta sesudah mati.”

“Untuk siapa?”

“Untuk Allah dan Nabi.”

“Masih ada harapankah aku untuk mencintai kedua-duanya?''

“Yah! Pasti.”

Manusia yang sentiasa khayal dengan bercinta akan tidak sedarkan dirinya sehingga cinta itu sendiri membunuhnya. Orang yang mati kerana derita cinta, tanpa ‘mencintai kedua-duanya’ akan derita selamanya. Di dunia sengsara dan di akhirat lebih-lebih lagi. Justeru jangan jadi bodoh semata-mata kerana manusia! Sesungguhnya cinta kedua-duanya menuntut pengertian yang tersendiri. Ia tidak sekadar lafaz semata-mata. Cinta kedua-duanya bertujuan untuk menyukakan kedua-duanya. Dan untuk menyukakan kedua-duanya hanyalah dengan menuruti kehendaknya dan meninggalkan larangannya.

Untuk menuruti kehendak keduanya bukan dengan harta atau belanja. Ia perlu dilahirkan dengan perbuatan, bukan sekadar dengan perkataan. Sebab itulah Nabi pernah berjanji, mereka yang mencintaiku ialah yang menyukai perbuatanku dan mereka yang tidak menyukai - aku pun tak sudi!

Manusia terkadang keliru antara cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul. Cinta kepada Allah tanpa disertai cinta terhadap Rasul tidak menjamin memperoleh syafaat.

Syafaat? Apa itu?

“Syafaat akan mengecualikan manusia daripada diperiksa dan dikira amalan baik buruknya di padang mahsyar yang penuh dengan lautan manusia. Tanpa syafaat, manusia akan dihitung seperti menutup kira-kira untung rugi.”

“Apakah solat tidak memadai untuk memperoleh syafaat?”

“Belum. Kerana solat hanya untuk menyukakan Allah dan sekali gus melayakkan kita untuk dihisab.”

“Lantas, bagaimana untuk mendapatkannya?”

“Sentiasalah menyukakan Rasulullah, sebagaimana kita menyukakan Allah setiap masa dan ketika.”

“Yaa... tapi bagaimana caranya?

“Mudah. Amalkan yang wajib dan yang sunah...”

“Apakah yang sunah?”

“Cara hidupnya, cara berfikirnya - termasuk kerisauan terhadap umat.”

Manusia terkadang hanya pandai menasihati orang tanpa melakukan apa yang disarankan. Manusia terkadang hanya bisa berteori tanpa amali. Manusia terkadang bijak membuat undang-undang tetapi tidak mampu mempertahankan. Justeru jangan terkejut jika ada orientalis yang pakar dalam hal-hal ketimuran dan arif dalam perundangan Islam tetapi tidak beriman. Demikianlah betapa hidayat dan syafaat adalah paduan cinta yang keagungannya tidak tara!

“Huh, kita sudah terlalu jauh.”

“Apa yang jauh...?”

“Aku bukan mahu mendengar syarahan agama. Aku mahu cinta kita jadi kenyataan, bukan cinta monyet yang lahir dari alam persekolahan atau lahir dari dataran dan konsert hiburan.”

Disiplin hidup

Benar bahawa perkahwinan adalah manifestasi cinta lelaki wanita, namun ada cinta yang terbina sesudahnya. Perkahwinan bukan sekadar mempertemukan benih jantan dan betina, tetapi merangkumi seluruh unit keluarga yang lebih besar dengan disiplin hidup yang murni.

“Berapa lama kau sanggup menunggu aku?”

“Sampai bila-bila.”

“Kalau aku mati?”

“Aku sanggup bersama.”

“Jangan jadi gila.”

“Sebab kau hebatlah, maka aku sanggup jadi gila.”

“Ah, itu mainan perasaan saja!”

“Apa, kau fikir aku tidak punyai prinsip?”

“Sudahlah. Jangan terlalu mempertahankan prinsip. Tahun depan kita kahwin.”

“Betulkah ni….?”

“Wollohi.”

Kadang-kadang kalimah yang terakhir itulah yang menjerat wanita jadi sengsara.

Perkahwinan bukanlah sekadar perkongsian hidup yang hanya boleh dipisahkan oleh kematian, tetapi suatu pengisian lahir batin ke arah satu kehidupan yang lebih panjang tanpa penghabisan. Sebab itulah jika falsafah cinta benar-benar dihayati oleh setiap pasangan, mereka akan merasakan bahawa perpisahan dengan orang yang dikasihi bukan berakhirnya sebuah kehidupan.

“Bagaimana orang tuamu?”

“Baik-baik saja. Dia selalu bertanyakan kau. Mereka amat senang bila aku menyebut namamu.”

“Ah, kau sungguh pintar bermain kata-kata.”

“Sungguh...!”

“Baiklah, kalau kita jadi kahwin - aku ingin berikan hadiah istimewa buat mereka.”

“Hadiah apa?”

“Rahsia.”

“Errr... aku rasa... aku tau.”

Cuba teka.”

“Mekah. Kau mau hantar mereka ke Mekah, bukan?”

“Sungguh tajam pengertianmu.”

Isteri yang digali dan dicangkul saban waktu, adalah kebun-kebun anggur yang manis lewat gunung dan samudera. Ia umpama kereta yang mampu meluncur beribu-ribu batu melewati perjalanan siang dan malam, merentas gurun tandus dan mengharung lautan.

Isteri yang setia persis kapal udara yang terapung angkasaraya tanpa pasport tanpa visa - terbang dengan penuh tenaga. Dia adalah teman sewaktu dalam keriangan dan kesedihan; lewat ibu dan bapa di saat-saat suami menghadapi duka.

Pun begitu, ada suami yang tidak sedar diuntung. Rumah sekadar jadi perhentian malam ketika murung. Rumah hanya untuk baring seketika sementara siang menjelma. Rumah hanya untuk mengumpul tenaga buat esok siang yang mempesona!

Sumber : Utusan 09/01/2005

Butiran selanjutnya ...

The Law of the Garbage Truck

Forwarded in a group:

One day I hopped in a taxi and we took off for the airport. We were driving in the right lane when suddenly a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his breaks, skidded, and missed the other car by just inches! The driver of the other car whipped his head around and started yelling at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was really friendly.

So I asked, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!' This is when my taxi driver taught me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck.'

He explained that many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they'll dump it on you. Don't take it personally. Just smile, wave, wish them well, and move on. Don't take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets.

The bottom line is that successful people do not let garbage trucks take over their day. Life's too short to wake up in the morning with regrets, so..... 'Love the people who treat you right. Pray for the ones who don't.'

Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it!

Butiran selanjutnya ...

Ahad, April 27, 2008

Pneumokokal : Pembunuh utama kanak-kanak


MENINGITIS jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan maut.


SEJAUH mana anda tahu mengenai bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus?

Bakteria ini menyebabkan penyakit pneumokokal yang merangkumi otitis media (jangkitan telinga), pneumonia (radang paru-paru), bakteremia (kuman dalam darah) dan meningitis (radang selaput otak) di kalangan kanak-kanak dan warga emas. Istilah penyakit pneumokokal (PnD) juga mungkin tidak begitu menakutkan bagi ibu bapa berbanding tetanus, hepatitis, polio, atau demam campak.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa jangkitan bakteria ini merupakan punca utama kematian kanak-kanak, sama ada di bawah umur lima tahun dan juga yang melebihi umur lima tahun. Perangkaan punca kematian kanak-kanak akibat penyakit yang boleh dielakkan melalui vaksinasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 menunjukkan 1.61 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat PnD.

Dari jumlah itu, 716,000 kanak-kanak yang meninggal dunia berumur lima tahun ke bawah sementara 896,000 lagi berumur lima tahun ke atas. Jumlah kematian kini juga dianggarkan mencecah satu juta setiap tahun di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Ini bermakna kira-kira 112 orang kanak-kanak akan menemui ajal akibat PnD setiap jam atau 2,700 kematian setiap hari di seluruh dunia.

* Ancaman

Pakar Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Pusat Perubatan Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan, kumpulan paling berisiko mendapat PnD adalah bayi di bawah umur 24 bulan terutamanya kerana PnD sukar dikesan di kalangan bayi.

“Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.

“PnD juga boleh menjadi teruk dengan pantas dan kelewatan dalam mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak atau organ utama lain,” ujar beliau.

Beliau menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai sistem imuniti lemah seperti pesakit talasemia, anemia sel sabit atau dijangkiti HIV juga mempunyai risiko lebih tinggi menghidap PnD.

Dr. Zulkifli memaklumkan bahawa jangkitan pneumokokus mungkin berlaku sebagai jangkitan sekunder (kedua) selepas jangkitan virus.

“Bakteria ini boleh masuk melalui salur pernafasan dan seterusnya menyebabkan jangkitan di beberapa bahagian badan termasuk telinga, darah, paru-paru dan otak.

“Ini boleh menyebabkan jangkitan teruk (invasif) seperti meningitis, bakteremia atau pneumonia atau hanya jangkitan ringan seperti sinusitis dan otitis media,” jelasnya.

Menurutnya lagi, otitis media (jangkitan telinga) paling banyak berlaku di kalangan pesakit tetapi paling kurang berbahaya sementara meningitis yang jarang berlaku adalah amat berbahaya dan boleh membawa maut.

* Setempat

Pakar Runding Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan, Dr. Mohd. Suhaimi Ab. Wahab menyatakan tidak banyak maklumat mengenai bilangan kes PnD di Malaysia kerana penyakit ini tidak tergolong dalam jenis penyakit perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan.

“Ujian mikrobiologi cuma dilakukan dalam sebilangan kecil kes PnD sementara amalan pengambilan cecair tulang belakang (CSF) untuk diuji dalam kes meningitis juga amat rendah.

“Namun, kajian tempatan dari 1995 hingga 1996 berjaya merekodkan 273 kes jangkitan pneumokokus dari enam hospital, dengan 31.1 peratus daripada pesakit yang dijangkiti berusia di bawah umur 10 tahun,” katanya.

Menurut beliau, 10 peratus (2.7 juta) daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia berumur bawah lima tahun dan mengikut perangkaan kasar, mungkin terdapat 20,000 kes meningitis pneumokokal di kalangan kanak-kanak berlaku setiap tahun di negara ini.

Dalam satu kajian di Sabah, 70.3 peratus kes meningitis yang disahkan berpunca daripada jangkitan pneumokokus dicatatkan berlaku kepada bayi yang berumur 36 bulan ke bawah, dengan bayi seawal usia dua bulan juga dijangkiti bakteria tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Suhaimi juga membangkitkan isu peningkatan rintangan antibiotik oleh bakteria pneumokokus hasil beberapa kajian sejak 1984 lagi.

“Kajian dari 1984 hingga 1985 menunjukkan hanya empat peratus kes rintangan pneumokokus terhadap antibiotik penisilin.

“Satu lagi kajian dari 1996 hingga 1997 menunjukkan peratusan ini meningkat kepada 10 peratus sementara kajian berasingan dari 1999 hingga 2004 menunjukkan rintangan terhadap penisilin telah meningkat kepada 62 peratus,” jelasnya.

Beliau mengaitkan peningkatan rintangan pneumokokus terhadap penisilin ini akibat pemberian antibiotik secara berleluasa dan tidak mengikut arahan pengambilan antibiotik.

Pengetahuan mengenai PnD di Malaysia secara umumnya masih rendah dengan Tinjauan Kesedaran Penyakit Pneumokokal Global 2006 hanya menunjukkan 31 peratus ibu bapa di negara ini mengetahui mengenai penyakit tersebut.

Tinjauan itu turut mendapati hanya 38 peratus ibu bapa di Malaysia mengetahui adanya vaksin untuk PnD tetapi peratusan ini dijangka telah meningkat hasil pendedahan melalui media.

* Vaksin

Vaksin berkonjugat pneumokokus tiba ke pasaran negara ini pada bulan Oktober 2005 tetapi telah digunakan di Amerika Syarikat sejak tahun 2000 lagi. WHO menamakan penyakit pneumokokal sebagai punca nombor satu kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan menyarankan vaksin berkonjugat pneumokokus perlu diberi keutamaan untuk dimasukkan ke dalam program imunisasi kanak-kanak.

Dr. Zulkifli menjelaskan, setiap kanak-kanak akan memerlukan tiga atau empat dos vaksin, mengikut pendapat doktor dan umur anak, bagi mendapat perlindungan seumur hidup daripada PnD.

“Vaksin ini belum dimasukkan dalam jadual imunisasi wajib kebangsaan tetapi sepatutnya terdapat di setiap hospital swasta dan sesetengah klinik.

“Namun para doktor perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang penyakit dan vaksin ini memandangkan masih ramai yang tidak tahu mengenainya,” katanya.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa untuk bertanya kepada doktor tentang penyakit dan vaksin tersebut bagi melindungi bayi yang baru lahir.

Tambah beliau, pengambilan vaksin ini juga dapat memberikan imuniti berkelompok iaitu perlindungan kepada individu lain yang tidak menerima vaksin dengan menyekat penyebaran bakteria pneumokokus dalam pergaulan harian.

“Janganlah kita menghukum mereka yang memilih untuk tidak mengambil vaksin ini.

“Bagaimanapun, semua pihak, tidak kira doktor atau ibu bapa, diminta jangan memikirkan PnD dari segi peratusan sahaja kerana ianya bukan lagi peratusan jika anak anda sendiri yang menjadi mangsa,” tegas Dr. Zulkifli.

Sumber: Utusan 27/04/2008

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, April 26, 2008

Memilih jantina bayi

KEBAHAGIAAN menjadi seorang ibu apabila dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel. – Gambar hiasan
APABILA hidup bujang, orang akan bertanya bila kita akan berkahwin. Selepas berkahwin, soalan lain pula timbul. Bila hendak memperoleh cahaya mata? Apa bila sudah memperoleh anak, jika ia anak perempuan, orang akan bertanya bila hendak mendapat anak lelaki dan begitulah seterusnya.

Memang, lumrah bagi setiap orang untuk melihat individu yang mereka sayangi menikmati kebahagiaan dalam berkeluarga. Jika lengkap sebuah institusi keluarga itu, maka ramai yang akan turut gembira.

Bagi pasangan suami isteri yang memperoleh sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, pasti berasa bertuah dan gembira dengan anugerah tersebut. Bagaimanapun, ada juga antara pasangan suami isteri yang hanya dikurniakan anak lelaki atau anak perempuan sahaja. Keadaan ini menyebabkan mereka begitu teringin untuk mempunyai anak daripada jantina yang berbeza bagi melengkapkan keluarga mereka.

Zaman berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Dengan mempraktikkan kaedah tertentu yang telah dikaji dan terbukti, pasangan suami isteri boleh merancang jantina bayi mengikut keperluan keluarga.

Kaedah yang diperkenalkan oleh pakar dan ahli sains di Perancis ini di akui dan dicadangkan oleh Pakar Sakit Puan dan Kesuburan di Pusat Perubatan St. Vincent, New York, Dr. Niels Lauersen.
Ia merupakan kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.
Teknik tersebut diperkenal dan dibawa ke Malaysia melalui syarikat Choice Baby (K.L) Sdn. Bhd., sejak 2001. Setakat ini, lebih 5,000 pasangan suami isteri dari seluruh negara menyertai program tersebut.

Pengurus pemasarannya, Jennifer Chin berkata, teknik tersebut dilakukan berdasarkan pemantauan pada sperma dan ovum mengikut tarikh dan bulan. Katanya, pengeluaran jumlah sperma oleh lelaki yang sihat adalah konsisten pada setiap hubungan kelamin, berbanding penghasilan ovum yang jumlahnya berbeza mengikut tempoh kesuburan wanita tersebut.

“Orang yang lebih tua dan berpengalaman mungkin mempunyai panduan untuk menentukan jantina bayi berdasarkan kepercayaan mitos, namun peratusan kejayaannya tidak dapat dipastikan. Namun, dengan kajian berdasarkan sains dan teknologi terbukti membantu pasangan memilih jantina anak mereka. Sperma membawa bahan genetik yang dipanggil kromosom X atau Y yang menentukan jantina bayi."

“Apabila sperma yang membawa kromosom Y bergabung dengan ovum yang subur dengan gabungan kromosom XY, bermakna bayi lelaki akan terhasil. Sebaliknya, apabila sperma yang membawa kromosom X bergabung dengan ovum yang akan menghasilkan gabungan kromosom XX, bayi perempuan akan terhasil,” jelas Jennifer.

Kaedah yang dinamakan Choice (yang dahulunya dikenali sebagai kaedah Selnas) ini menggunakan Kitaran Polariti yang telah ditemui dalam kajian ahli biologi selular dari Perancis, Patrick Schoun.

Kitaran polariti ini didapati boleh diramal, walaupun seakan kitaran haid, namun ia sebenarnya berbeza. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya. Dalam tempoh ini peluang untuk pasangan mendapat bayi lelaki atau perempuan adalah 50:50. Namun, apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.

Penemuan kitaran polariti ini adalah disebabkan jantina dipengaruhi oleh apa yang dipanggil saintis sebagai ‘faktor ionik’ yang menghasilkan caj pada membran ovum dan sperma. Maklumat peribadi ibu seperti umur, kumpulan darah, kitaran haid dikumpul dan akan dihantar ke makmal di Perancis untuk dianalisis. Setelah dianalisis, petugas di makmal tersebut akan menghantar satu carta kesuburan setahun yang menunjukkan tarikh atau jangka masa yang sesuai untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Carta kehamilan Choice akan disediakan untuk pesakit selepas analisis data dibuat. Carta akan siap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh borang diterima.

Terdapat kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak perempuan. Selebih 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk mendapat jantina anak yang diingini.

Menurut Jennifer, kaedah ini terbukti 98.7 peratus berkesan menerusi ujian klinikal yang dijalankan. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah ini boleh layari laman web www.adam-n-eve.biz.

Sumber: UtusanOnLine 15/04/2008

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 25, 2008

Hadis: Berusaha Mencari Rezeki

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk : Berusaha Mencari Rezeki

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” - Riwayat At-Tabrani

Huraian/Pengajaran Hadith:

1. Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

2. Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

3. 3. Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

4.

Butiran selanjutnya ...

Khamis, April 24, 2008

50 Ransangan mudah menjadikan anak bijak

Salam,

Saya dapat email ini daripada seorang kawan dan ingin berkongsi dengan anda semua. Saya teruja nak cuba tips # 39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata “buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!”

Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven!

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak.

Tahukah anda, alat pembelajaran terbaik baginya ialah diri ANDA sendiri. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

TIPS # 1 - BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

TIPS # 2 - BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

TIPS # 3 - JIKA MAMPU, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda mampu. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya....

TIPS # 4 - JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

TIPS # 5 - HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

TIPS # 6 - GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

TIPS # 7 - TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

TIPS # 8 - BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu" atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

TIPS # 9 - NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

TIPS # 10 - GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

TIPS # 11 - SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

TIPS # 12 - PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

TIPS # 13 - BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

TIPS # 14 - BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

TIPS # 15 - SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

TIPS # 16 - BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

TIPS # 17 - MAIN CAK-CAK


Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

TIPS # 18 - JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

TIPS # 19 - MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

TIPS # 20 - BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

TIPS # 21 - ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

TIPS # 22 - BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

TIPS # 23 - LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

TIPS # 24 - BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

TIPS # 25 - IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

TIPS # 26 - BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

TIPS # 27 - RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

TIPS # 28 - CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

TIPS # 29 - BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

TIPS # 30 - (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

TIPS # 31 - GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

TIPS # 32 - JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

TIPS # 33 - KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

TIPS # 34 - GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

TIPS # 35 - TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

TIPS # 36 - TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

TIPS # 37 - MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

TIPS # 38 - RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

TIPS # 39 - MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

TIPS # 40 - MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

TIPS # 41 - BERGURAU-SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

TIPS # 42 - MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

TIPS # 43 - AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

TIPS # 44 - HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

TIPS # 45 - SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

TIPS # 46 - PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

TIPS # 47 - CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

TIPS # 48 - MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

TIPS # 49 - MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

TIPS # 50 - BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 23, 2008

Bercerita sebelum tidur

Hangatkan imaginasi anak-anak anda dengan bercerita bersama mereka sebelum tidur.











MEMBACAKAN buku cerita kepada anak sebelum tidur boleh memberi kesan positif kepada mereka, termasuk tidur lena.


IBU BAPA sebenarnya memainkan peranan penting sewaktu menidurkan anak-anak. Mereka boleh membacakan kisah atau cerita daripada buku atau memainkan kaset rakaman kisah klasik kepada anak-anak yang mahu tidur.

Menurut penulis dan pelatih korporat, Ronny M Cole, perkara ini secara tidak langsung akan menggalakkan perkembangan minda anak-anak serta mewujudkan kasih sayang antara mereka dan ibu bapa.

"Membacakan kisah daripada buku adalah bagus dan ia salah satu cara paling mudah. Ibu bapa bukan sekadar bercerita kepada anak-anak. Contohnya, mereka dapat menggunakan kisah teladan untuk memberi panduan kepada anak-anak agar mereka menjadi gembira dan lebih produktif. Mencipta kisah yang hebat dan menarik akan menukar waktu tidur anak-anak anda kepada aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan," kata Cole.

Tambah Cole, kisah daripada buku cerita yang direka khas itu boleh membantu anak-anak mengenal pasti emosi yang mereka alami sepanjang hari sambil membawa kepada fokus kegembiraan yang mereka rasai.

"Membaca kisah-kisah sebelum tidur akan meninggalkan kesan positif untuk anak-anak."

Terdapat beberapa judul buku kanak-kanak yang popular, termasuk Watership Down, karya pertama Richard Adam. Ia sebuah novel yang amat berjaya. Novel itu ditulis berdasarkan koleksi kisah-kisah yang diceritakan Adam kepada anak-anaknya ketika lawatan mereka ke kawasan luar bandar.

Cole menganggarkan dia telah menceritakan lebih 3,000 kisah kepada anaknya. Dia mula mereka cerita atau kisah menarik atas permintaan anaknya ketika tidak terdapat sebarang buku yang boleh ditemui di tempat mereka kunjungi.


MEREKA sendiri cerita menjadikan ibu bapa lebih kreatif.


Namun Cole turut mengakui mencipta cerita-cerita sebegini adakalanya menakutkan.

"Apabila kali pertama anda mencuba, anda akan berasa agak sukar mereka kisah yang boleh menarik perhatian anak anda.

"Menceritakan kisah sendiri lebih menyebabkan anda terlibat dan sering meletakkan diri anda sebagai subjek.

"Namun sama ada anda mula bercerita dengan baik atau sebaliknya, anak-anak anda akan membesar dengan menyukai cerita yang anda reka bersama mereka," jelasnya.

Cole menegaskan aktiviti itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama sebulan sebelum anda dapat merasai kesannya.

"Selepas sebulan, anda akan mengetahui sama ada anak anda menyukainya atau mendapat sesuatu daripada kisah yang anda ceritakan.

"Setelah itu, anda juga boleh menyelitkan kisah-kisah pengajaran mengenai moral, sains dan apa sahaja yang anda inginkan."

Tahun lalu, seorang setiausaha kerajaan Britain, Ed Balls memberi respons terhadap kajian bahawa seorang daripada 10 kanak-kanak di negara itu tidak pernah dibacakan buku cerita sebelum tidur. Menurut Balls, bercerita selama 10 minit setiap malam sebelum anak-anak tidur amat penting. Ia umpama satu diet yang baik serta gaya hidup yang sihat.

Beliau turut menjelaskan, aktiviti itu perlu dijadikan rutin harian ibu bapa, sama seperti memberus gigi dan mandi.

Bagi Cole pula, dia melihat ibu bapa yang bercerita kepada anak-anak sebelum tidur membawa kesan jangka panjang yang positif dalam diri masing-masing.

Salah satunya ialah ibu bapa akan belajar menjadi kreatif dan secara tidak langsung membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih profesional. Lebih banyak anda bercerita, anda akan menjadi lebih kreatif dalam setiap perkara yang dilakukan. Anda akan dapati banyak idea-idea baru muncul di fikiran anda setiap masa. Manakala kebaikan untuk anak-anak pula ialah mereka turut mempelajari perkara baru dan menjadi lebih aktif dalam proses pembelajaran berdasarkan kreativiti dan kemahiran pemikiran.

- Agensi

Butiran selanjutnya ...

Cara mandikan bayi

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?












KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.


KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makana dan sebagainya.

Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.

SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.


"Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa,

berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.

"Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal," jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhayati Ahmad.

Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan g infeksi.

Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Mengapa? Ia bagi

mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.


NORHAYATI AHMAD


Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku.

Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

"Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.

"Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.


"Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang," jelas beliau.


SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.


Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama*
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam.
Lap di bahagian mata terlebih dahulu.


LAP badan bayi sehingga kering.


Langkah kedua*
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.

BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si kecil.





Langkah ketiga * Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.




JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.



Langkah keempat*
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.

Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.

Butiran selanjutnya ...

Isnin, April 21, 2008

Panduan buat suami agar isteri kembali ghairah


Selamat sejahtera,

Gambaran isteri yang sedang ghairah, seronok dan panas di ranjang adalah dambaan setiap suami. Hubungan intim dalam situasi beginilah yang mendatangkan nikmat sensasi sebenar buat suami. Namun hakikatnya tidak semua suami akan mendapat reaksi sedemikian daripada isteri mereka.

Ada di kalangan suami dihadapkan dengan isteri yang hambar ketika berhubungan seks dan tidak kurang juga enggan bersama kerana kepenatan. Memang mengecewakan. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan isteri kembali ghairah di ranjang dan mendapat kepuasan seks yang diinginkan?

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 'dekatnya' suami terhadap isteri adalah faktor yang mampu menbuatkan isteri semakin ghairah dan berahi terhadap seks. Maksudnya semakin erat dan dekat hubungan suami dengan isteri maka semakin ghairahlah isteri terhadap seks. Sebaliknya jika hubungan dengan isteri semakin jauh atau renggang hubungan makin dinginlah isteri terhadap aktiviti seks dengan suaminya.

Dr. Gian Gonzaga, pengkaji dari University of Carlifornia Los Angeles (UCLA) menyatakan bahawa suami perlu menjaga sikap baik dan kasih sayang terhadap isteri. Kesan daripada sikap yang positif inilah sang isteri akan berasa ghairah bila berdekatan dengan suami.

Dalam kata lain, perasaan berahi isteri akan berkembang mengikut suasana hatinya. Sekiranya perasaan isteri sentiasa nyaman dan tenteram berdekatan dengan suami, dirinya akan semakin bernafsu untuk bercinta. Tanpa perlu dipujuk rayu isteri akan rela hati naik ke ranjang malah dengan sedikit ransangan saja, seks terus berlangsung.

Ingin ditekankan sekali lagi, salah satu penyebab hilangnya ghairah isteri terhadap seks adalah sikap suami itu sendiri. Sikap tidak ambil peduli, tidak perihatin mahu pun tidak memperuntukkan masa sering kali menyebabkan isteri terasa dipinggirkan. Rasa jauh hati ini sekali gus menjarakkan perhubungan termasuklah hubungan seksual itu sendiri.

Justeru sekiranya mahu isteri kembali berani, para suami disarankan untuk menilai diri mereka dan muhasabah koreksi diri. Nilaikan bagaimana perlakuan atau tingkah laku mereka selama ini terhadap isteri. Bagaimanapun perkara ini selalu dipandang remeh, mereka sebaliknya asyik merungut tentang sikap dingin isteri terhadap seks tanpa menyedari bahawa ghairah isteri yang hilang itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Sikap dan perhatian

Bukan payah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap seorang isteri. Anda boleh mempamerkannya baik melalui sikap ataupun perhatian. Ada beberapa contoh sikap yang sangat disukai oleh seorang wanita ataupun isteri. Sikap yang ditunjukkan oleh suami inilah yang nantinya akan mempengaruhi suasana hati.

Antara sikap tersebut adalah memberi kucupan sayang kepada isteri, membudayakan kata maaf di dalam perhubungan, memberi hadiah kepada isteri, selalu bergurau senda dengan isteri, mengajak isteri keluar berdua-duaan di samping membelai isteri dengan penuh kasih sayang bila bersama.

Selain itu, sikap positif seperti membantu isteri tanpa disuruh, menggenggam tangan isteri pada waktu tertentu dan juga meninggalkan sikap buruk yang tidak disukai isteri juga akan menjadikan hati dan perasaannya lebih senang dan tenang bila bersama suami.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Dr. Patti Britton, Persiden dari Foundation for Scientific Study of Sexuality, New York, Amerika Syarikat. Katanya sikap suami seperti ini adalah salah satu bentuk terapi yang ampuh untuk mengembalikan ghairah isteri yang kian menurun. Bahkan, cara ini disebut-sebut sebagai cara yang paling efektif untuk mengembalikan ghairah seks isteri.

Jadi, bagi para suami yang ingin isterinya kembali berahi di ranjang, nilaikanlah semula sikap dan perlakuan anda pada isteri.

Renung-renungkan!


Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails