“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Mac 05, 2010

ALERT : 6 produk kosmetik empat syarikat dikesan beracun

Pemilik stok diminta segera henti jual elak didenda, penjara

KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata, enam produk itu ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.

Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari, manakala hydroquinone juga memberikan kesan sama kecuali perubahan pada warna kulit, malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

Di bawah peraturan ini, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Produk itu dikilangkan Re-X Products Co Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd. ~ Bernama

Sumber : BHarian 2010/03/05


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails