“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Mac 05, 2010

Budak 18 bulan mati dipukul, dipijak jiran

ORANG ramai menenangkan S Karigalan, 42, (kanan) dan K Thilagavathy, 23, yang tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat mendiang anak mereka di Pangsapuri Bestari Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA: Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan.

Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah. Haresvarran dipercayai didera antara jam 10 malam dan 12 tengah malam kelmarin ketika ibu bapanya, masing-masing penerbit filem dan pekerja sambilan, meninggalkan mangsa di rumah jirannya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata ibu mangsa mulanya meninggalkan anaknya di rumah seorang wanita tua yang uzur yang tinggal berhampiran rumahnya.

"Bagaimanapun, bimbang meninggalkan anaknya dengan wanita yang uzur itu, ibu mangsa kemudian menghubungi isteri suspek yang pernah menjaga mangsa selama tiga bulan tahun lalu untuk mengambil Haresvarran. Ibu mangsa sebenarnya risau untuk menyerahkan mangsa kepada pasangan itu kerana mengesyaki anaknya pernah didera berdasarkan kesan lebam di badan ketika dalam jagaan mereka tahun lalu. Bagaimanapun, kerana terdesak mereka meminta isteri suspek menjaganya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Arjunadi berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian menjemput mangsa di rumah wanita tua itu, tetapi Haresvarran dikatakan enggan mengikutnya dan menangis walaupun selepas dipujuk, termasuk diberikan coklat.

"Dia mungkin takut sebab pernah didera suspek. Ini menyebabkan lelaki itu berang lalu memukul mangsa berulang kali sebelum mengheretnya ke padang permainan (di tingkat bawah pangsapuri) dan memijaknya tanpa belas kasihan. Suspek hanya menghentikan tindakannya apabila kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke klinik berhampiran. Mangsa kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kecederaan serius dan disahkan mati sebaik tiba di hospital," katanya.

Ini kejadian kedua membabitkan kematian kanak-kanak mangsa dera dalam tempoh seminggu. Khamis lalu, Syafiah Humairah mati dipukul dan ditendang teman lelaki ibunya di Sungai Pelong, Hulu Selangor. Arjunadi berkata, suspek yang bekerja sebagai kelindan lori membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama jam 12.35 tengah malam, kelmarin, dengan mendakwa Haresvarran mati tercekik makan gula-gula.

"Maklumat itu bercanggah dengan laporan perubatan, termasuk bedah siasat yang mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan dalaman yang serius. Di badan mangsa ada banyak kesan lebam lama dan baru, selain tulang rusuknya patah dan hatinya pecah," katanya.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Arjunadi meminta orang ramai, terutama yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan. Mayat K Haresvarran dituntut ibu bapanya sebaik bedah siasat selesai jam 1 petang semalam untuk dikebumikan.

Sumber : Hardi Effendi Yaacob [hardi@bharian.com.my] di BHarian 2010/03/05



Bapa tak maaf pembunuh anak


MANGSA dera, K Harevarran.

Budak 18 bulan patah enam tulang rusuk

KUALA LUMPUR: "Tak sangka jiran rapat yang kelihatan mesra dan penyayang boleh berubah menjadi ganas sehingga meragut nyawa anak kecil saya yang tidak berdosa," begitu luahan kemarahan S Karigalan, 42, sambil menatap mayat anak kecilnya, Harevarran.

"Perbuatannya tidak boleh diterima akal dan saya tidak akan memaafkannya. Bagaimana dia tergamak melakukan kekejaman ini terhadap anak saya yang tidak tahu apa-apa. Sepanjang enam bulan mengenalinya, dia (suspek) tidak menunjukkan sebarang kelakuan ganas, malah bersikap penyayang terhadap anak-anak saya. Melihatkan penampilannya, memang saya tidak menyangka dia boleh bertindak sekejam ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Beliau ditemani isteri, K Thilagavathy, 23, sebelum itu menuntut mayat Harevarran di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebaik bedah siasat dijalankan kira-kira jam 1 petang semalam. Karigalan yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seksyen 19, Petaling Jaya turut mempunyai seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil perkahwinan keduanya.

Harevarran, 18 bulan, mati selepas enam tulang rusuknya patah selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai akibat dipukul dan dipijak kerana menangis oleh suami penjaganya yang juga seorang kelindan lori, malam kelmarin. Kejadian itu berlaku antara 10 hingga 12 malam kelmarin di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini. Bagi Karigalan, kematian anak sulungnya itu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya kerana hubungan mereka sangat rapat.

"Dia cukup manja dengan saya. Setiap kali saya pulang dari pejabat, sudah pasti dia yang menyambut saya di muka pintu. Kehilangan Harevarran satu tragedi besar buat keluarga saya.... tiada lagi tawa riang dan keletahnya selepas ini," katanya menahan sebak.

Sementara itu, datuk mangsa, A Krishnamoorthy, 50, kelihatan sugul mengenangkan tragedi menimpa cucu kesayangannya, namun beliau menyatakan menerima kejadian berkenaan sebagai takdir.

"Harevarran seorang kanak-kanak yang aktif, malah sudah pandai menyebut nama ibu dan ayahnya. Tidak seperti kanak-kanak seusianya, dia suka bermain dengan pensil dan kertas, malah sudah pandai menulis huruf. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Yang tinggal sekarang cuma adiknya untuk menemani kami sekeluarga," katanya sambil meminta hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka yang mendera dan membunuh cucunya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai orang lain dan membenarkan mereka menjaga anak-anak yang masih kecil bagi mengelakkan kejadian sama menimpa mereka.

Sumber : Hardi Effendi Yaacob [hardi@bharian.com.my] di BHarian2010/03/05


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails