“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Mac 15, 2010

Elak kahwin kanak-kanak

SHAH ALAM 14 Mac – Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid menasihatkan umat Islam supaya tidak mengamalkan perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak.

Menurutnya, walaupun perkahwinan seumpama itu dibenarkan dalam Islam, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan perkahwinan itu sewenang-wenangnya.

Katanya, banyak perkara yang perlu diambil kira jika perkahwinan sedemikian dilakukan terutamanya dari aspek kemampuan kanak-kanak berkenaan walaupun pasangannya mencapai umur yang matang.

‘‘Pasangan yang berkahwin melibatkan kanak-kanak boleh menimbulkan pelbagai masalah kerana pada usia sedemikian mereka tidak mampu berfikir secara rasional dari segi tuntutan perkahwinan. Selain itu, dikhuatiri ia akan mencetuskan masalah dari segi hubungan dan seterusnya terdedah kepada risiko penganiayaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai amalan perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

Pada 8 Mac lalu, media melaporkan tindakan seorang bapa dari Kuala Krai, Kelantan mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun.

Kes itu merupakan yang kedua melibatkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur di negeri berkenaan apabila seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas sebelum itu.

Tamyes menambah, bagi mewujudkan keharmonian dan mempertahankan institusi kekeluargaan Islam, perkahwinan merupakan asas utama yang perlu dititikberatkan.

“Maka, dalam soal perkahwinan melibatkan kanak-kanak, apa yang perlu diteliti adalah niat sebenar perkahwinan itu dan sejauh mana kemampuan pasangan yang ingin menikahi kanak-kanak terbabit. Jadi, dalam konteks semasa, adalah lebih elok pasangan yang ingin berkahwin terdiri daripada dalam kumpulan umur baligh yang mampu berfikir, dan berilmu supaya perkahwinan itu mempunyai makna yang sebenarnya selaras dengan tuntutan syarak,” katanya.

Dalam pada itu, Tamyes turut menyatakan bahawa walaupun Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Saidatina Aishah r.a. ketika isteri baginda masih kanak-kanak, bagaimanapun baginda hanya bersama dengan Aishah apabila isterinya itu telah baligh. Jelasnya, sunah Rasulullah itu tidak harus disalah tafsir dan dijadikan alasan oleh mana-mana pihak dengan membenarkan amalan perkahwinan kanak-kanak. Malah, katanya, berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, adalah jelas bahawa mana-mana pasangan yang ingin berkahwin di negeri ini perlu mencapai had umur melebihi 18 tahun.

“Dari segi perundangan, had umur ini amat perlu selaras dengan perkembangan semasa kerana ia dibuat sebagai usaha memastikan institusi keluarga Islam di negeri ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada umat Islam secara keseluruhannya,” katanya.

Sumber : Abdul Yazid Alias [pengarang@utusan.com.my] di Utusan 15/03/2010




Capaian entry berkaitan :

  1. Perkahwinan budak 11 tahun perlu kelulusan

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails