“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mac 03, 2010

Hukuman mesti lebih berat

SEPERTI sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, kes pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, malah kes rogol melibatkan kanak- kanak semakin menjadi-jadi. Seluruh masyarakat menjadi marah, sakit hati dan merasa terkilan dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Apakah Malaysia bukan tempat yang selamat bagi kanak- kanak?

Saban hari ada saja kes yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan media. Apabila ada kes yang sebegini, ramai yang mula buka mata dan mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah ini. Tapi apabila tiada kes dilaporkan kita mula mengunci mulut dan menutup pintu hati untuk terus memberi perhatian kepada kanak-kanak di negara ini. Apabila kes ini mula suam-suam kuku, ramai yang mula tutup mata dan tidak lagi mengambil berat akan keselamatan kanak-kanak.

Seakan tidak takut kepada undang- undang, kanak-kanak terus dinafikan hak mereka. Bagi saya, hukuman seperti dipenjara, tidak memadai bagi pesalah yang mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak secara mental dan fizikal.

Saya cukup menghormati usaha negara jiran kita Singapura dalam menangani kes ini. Pesalah yang merogol kanak-kanak dikenakan hukuman MATI, apatah lagi yang melibatkan kes kematian kanak-kanak.

Seharusnya kita buka mata dan mengkaji semula undang-undang di negara ini. Merogol kanak-kanak hanya dikenakan maksimum 20 tahun penjara. Ini memang tidak memadai! Rasa marah sahaja tidak mencukupi. Rasa simpati sahaja tidak mampu mengurangkan penderitaan mereka. Apalah dosa kanak-kanak ini diperlakukan sedemikian? Kanak-kanak di bawah 12 tahun belum matang. Dan sepatutnya orang dewasa menjadi pelindung kepada mereka.

Akan tetapi pada masa sekarang, orang dewasa merupakan ancaman kepada kanak-kanak.

Saya mengharapkan cerdik pandai, khususnya pengamal undang-undang, agar segera menyemak undang-undang di Malaysia khususnya yang melibatkan kanak-kanak.

Saya bukanlah insan yang layak bercakap soal undang-undang. Tetapi kerana rasa simpati yang menebal, saya tidak mahu kita semua hanya meluahkan rasa simpati di mulut tetapi tindakan tidak diambil bagi mengekang masalah ini.

Diharap kanak-kanak di Malaysia ini dapat hidup dengan tenang dan gembira. Jika mereka dicederakan secara mental atau fizikal, mereka wajib mendapat pembelaan tertinggi di Malaysia.

Sumber : Utusan 03/03/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails