“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Mac 15, 2010

Jangan terpedaya dengan individu berimej warak

KUALA TERENGGANU 14 Mac - Umat Islam perlu berwaspada dan tidak mudah taksub dengan individu yang tampil dengan imej warak bagi mengelak menjadi mangsa seperti mana dialami kanak-kanak berusia 11 tahun, Siti Nur Zubaidah Hussin yang ditinggalkan di Kepong, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, beliau bimbang dengan sikap umat Islam yang terlalu mudah terpedaya dengan mereka berimej sedemikian, kononnya membawa ajaran mengikut sunah Rasulullah. Sebaliknya, jelas beliau, setelah disiasat latar belakangnya, ada individu terbabit tidak mempunyai asas agama serta ilmu pengetahuan yang cukup malah perilaku mereka bercanggah dengan ajaran Rasulullah.

Beliau turut hairan bagaimana masih ada umat Islam begitu mudah menerima hakikat kanak-kanak berusia 11 tahun boleh dinikahkan. Sedangkan, tegasnya, terdapat enakmen di setiap negeri yang melarang mereka yang berusia dalam lingkungan itu berbuat demikian melainkan mendapat kebenaran mahkamah syariah.

"Kita mudah sangat letakkan agama dan sunnah Rasulullah di depan sedangkan kita sudah tahu semua negeri ada enakmen bahawa yang nak berkahwin mesti berusia 16 tahun ke atas dan kalau ke bawah mesti dapat kebenaran mahkamah syariah dulu. Akhirnya, yang kata ikut sunnah Rasulullah ini telah menyebabkan budak ini ditinggalkan di Kuala Lumpur, budak ini terkapai-kapai ditinggalkan dengan jaraknya ratusan kilometer dari rumahnya di Kelantan."

"Adakah itu ajaran sunnah yang nak dibawa, jadi saya harap jangan kita cepat buat kesimpulan nak buat macam ini. Sunah pun tak ajar begitu. Tidak semudah akad nikah di dalam kereta sambil memandu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Forum Sensitiviti Agama Implikasi Kepada Pemikiran Umat Islam Masa Kini di sini hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Mufti Negeri Terengganu, Dr. Elias Abdullah.

Beliau diminta mengulas nasib yang menimpa Siti Nur Zubaidah yang sebelum ini dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh dan dilarikan sebelum ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada kejadian itu ada kaitan dengan ajaran sesat, jelas Jamil Khir, beliau dimaklumkan bahawa lelaki terbabit mempunyai pegangan kononnya untuk menegakkan sunnah Rasulullah sedangkan amalannya ternyata bertentangan. Tambahnya, lelaki tersebut juga sanggup beristeri ramai kononnya mengikut sunnah Rasullullah sedangkan timbul rungutan kalangan isterinya yang mereka mengalami keperitan hidup.

"Isterinya cakap, nak makan pun tak cukup. Sunnah Rasulullah macam mana ini," katanya sambil mengharapkan umat Islam supaya mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa Siti Nur Zubaidah supaya tidak berulang.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan usaha JHEAT menganjurkan forum berkenaan dan diharap ia dapat diperluaskan ke semua peringkat daerah dan kampung untuk panduan umat Islam.

Sumber : Utusan 15/03/2010




Capaian entry berkaitan :

  1. Elak kahwin kanak-kanak
  2. Perkahwinan budak 11 tahun perlu kelulusan

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails