“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mac 10, 2010

Kadar Kesuburan Wanita Malaysia Dijangka Menurun Secara Mendadak Pada 2015


KUALA LUMPUR, 10 Mac 2010, 17:20 PM (Bernama) -- Kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada tahun 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil kajian kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.

Hasil kajian itu membuktikan kadar kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada tahun 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007, katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini pada Rabu.

"Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan wanita dalam kumpulan umur antara 15 dan 49 tahun merosot dengan pantas, dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan," katanya.

Menurut Aminah, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga.

Selain itu terdapat juga golongan wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup yang bebas tanpa sebarang ikatan, katanya.

Kebanyakan wanita yang berpendidikan tinggi pula mengalami kesukaran untuk mencari pasangan yang sesuai dengan mereka kerana bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin berkurangan.

"Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumahtangga mengalami kesukaran untuk mencari pasangan yang sesuai dengan mereka, dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih muda, ataupun lelaki yang lebih rendah taraf hidup daripada mereka," kata Aminah.

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan daripada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia yang sesuai.

Katanya, diharapkan menerusi program-program itu kadar kesuburan dan populasi masyarakat Malaysia akan meningkat pada masa akan datang.

Sumber : Bernama


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails